288 Kampung Setia,
Jalan Setia 24,
17859 Machang,
Kelantan.
18 Jun 2010.
Jalan Setia 24,
17859 Machang,
Kelantan.
18 Jun 2010.
Menemui nenda yang berada di kampung, semoga sihat hendaknya. Kami disini
sihat sejahtera. Kami berharap nenda juga begitu.
Nenda,
Kami sekeluarga di sini memohon berbanyak kemaafan kerana tidak dapat pulang ke
kampong pada cuti persekolahan yang akan datang. Kami terpaksa memungkiri
janji kami sebelum ini kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Sekolah cucunda akan menghadapi Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah.
Untuk pengetahuan nenda, cucunda merupakan salah seorang peserta pertandingan
tersebut dan pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan latihan
sepanjang cuti sekolah berlangsung. Kejohanan sukan ini amat penting untuk
mengukur kebolehan cucunda dan cucunda mesti mengikuti latihan yang telah dijadualkan.
Walaupun anda amat teringin untuk pulang berjumpa nenda namun cucunda terpaksa
memilih untuk mengikuti latihan tersebut. Cucunda berharap agar kami sekeluarga
dapat pulang ke kampung pada masa yang lain. Besar kemungkinan kami akan pulang
pada cuti hujung minggu selepas kejohanan itu berakhir. Kami tidak sabar untuk
bertemu nenda kerana sudah lama tidak bersua muka.
Kami sekeluarga juga berharap agar nenda tidak kecewa dengan berita ini.
Cucunda yakin nenda dapat memahami keadaan cucunda. Doakan kejayaan cucunda
dalam kejohanan tersebut. Mudah-mudahan cucunda berjaya terplih mewakili negeri
ke peringkat kebangsaan pula.
Sekian, salam sayang daripada kami di sini.
Yang Ikhlas,
Azharaudin
Azharaudin