Wednesday, August 1, 2012

PETIKAN 2

Baca petikan dibawah kemudian jawabsoalan-soalan berikut.

Negara kita sememangnya banyak mempunyai bangunan bersejarah. Antaranya ialah Kota A Famosa. Bangunan bersejarah ini telah dibina sejaka zaman penjajahan iaitu bermula pada zaman penjajahan Portugis pada abad ke-15 hinggalah zamanpenjajajahan British abad ke 19.Pemulihan dan pemeliharaan banguna  bersejarah ini adalah penting agar bangunan tersebut dapat menjadi warisan masyarakat dan khazanah negara yang tidak ternilai.

Melalui pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah, generasi muda dapat mengetahui dan mempelajari sejarah negara dengan lebih berkesan disamping dapat merasai keadaan tamadun pada zaman silam. Bangunan-bangunan bersejarah dapat memberi gambaran kepada kita tentang sejarah negara. Di Melaka misalnya terdapat bangunan tersohor seperti Kota A Famosa yang dibina oleh Portugis dan Bangunan Stadthuys yang dibina oleh Belanda dapat mengingatkan kita tentang kebesaran dan kehebatan Melaka sebagai sebuah Kerajann Melayu tersohor pada zamannya. dengan melawat bangunan bersejarah itu kita juga dapat melihat sendiri kesan peninggalan penjajah. Hal ini penting untuk kita menambah pengetahuan tentang sejarah negara kita.

Selain itu, pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah juga penting sebagai salah satu cara untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi masa kini. dalamkonsteks ini, bangunan ersejarah perlu dikekalkan untuk menjadi tatapan dan penghayatan generasi muda.Sebagai contoh Kota A Famosa di Melaka dapat mengingatkan kita tentang usaha mempertahankan  kedaulatan negeri Melaka pada zaman penjajahan dahulu. Tinggalan sejarah ini boleh mengingatkan generasi muda tentang sejarah pahit maung yang dilalui oleh pejuang nasionalis ketikan memerdekakan tanah air dan secara tidak langsung dapat mencelikkan kita agar sentiasa berwaspada terhadap musuh negara.

Sumber : http://cgmoinah.blogspot.com/

Template by:

Free Blog Templates