Baca petikan dibawah kemudian, senaraikan lima nilai murni.
Arif terbangun daripada tidur apabila jam loceng berbunyi. Dia melakukan
tugas yang perlu dilakukannya setiap pagi selepas solat subuh. Dia tidak
menunggu ibunya. Arif simpati akan ibunya yang pergi ke pasar pada awal pagi
untuk menjual kuih.
Itik-itik peliharaannya perlu diberi makan. Dia mengambil dedak yang
disimpan di dalam kotak kayu di bawah rumah. Dedak itu ditaburkan di segenap
penjuru kandang itik. Kemudian, dia masuk ke dalam kandang untuk mengutip
telur-telur itik. Dia berhati-hati supaya tidak ada telur yang pecah.
Selepas menyiapkan tugasnya, Arif bersiap untuk ke sekolah. Pada tahun
ini,dia akan menduduki UPSR.Ahmad bercita-cita hendak menjadi doktor. Dia mahu
membalas jasa ibunya yang telah banyak berkorban sejak kematian ayahnya. Arif
sentiasa bertanyakepada guru dan berbincang dengan rakan-rakannya tentang hal
pelajaran yang tidak difahami. Arif sentiasa menggunakan masa terluangnya untuk
membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran.
1. ___________________________
2.____________________________
3.____________________________
4.____________________________
5.____________________________