Baca puisi dibawah, kemudian jawab soalan berikut
NIKMAT
ALAM
Syukur
aku
Dilahirkan
di sini
Suasana
nyaman indah sekali
Perutmu
sarat dengan hasil bumi
Yang
pastinya mampu meningkatkan
Ekonomi
Syukur
aku
Dibesarkan
di sini
Hidup
bersama pelbagai fauna
Yang
jarang-jarang kita temui
Yang
kadang-kadang menimbulkan
Misteri
Syukur
aku
Miliki
pertiwi ini
Yang
membiakkan flora yang amat bererti
Selain
menjadi sumber rezeki
Pelbagai
penyakit, kau ubati
Akan
kupertahankan khazanah ini
Akan
kucantas tangan-tangan liar
Yang
berhasrat menguburkan hayatmu
Kerana
kuamat menghargai
Jasamu nan luhur dan
abadi1. Apakah tema puisi di atas
a ) Alam sekitar
b ) Keindahan flora
c ) Alam semulajadi
2. Apakah jenis puisi di atas ?
a) Sajak
b ) Syair
c ) Pantun
d) Gurindam
3. Mengapakah penulis bersyukur memiliki pertiwi ini?
a) Alam semulajadi yang jarang-jarang kita temui
b) Alam sekitar yang mempunyai khazanah pertiwi
c) Alam semulajadi yang kaya dengan flora dan fauna
d) Alamsekitar yang indah dan kaya dengan hasil bumi.
4. "Perutmu sarat dengan hasil bumi"membawa maksud
a) Pelbagai hasil pertanian
b) Pelbagai hasil perkilangan
c) Pelbagai hasil pembalakan
d)Pelbagai hasilperlombongan
5. Pada pendapat kamu mengapakah kita perlu menjaga dan memelihara alam sekitar?
a) untuk memastikan flora dan fauna hidup dengan sempurna
b) untuk memastikan pelbagai penyakit dapat diubati dengan alamsekitar.
c) untuk memastikan apa-apa yang ada dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang