KATA NAMA AM
Kata nama am ialah
kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang,
haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat ,
benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
· orang: ayah, polis, perempuan .
· haiwan: ayam, itik, buaya
· benda: televisyen, komputer, bank
· tempat: stadium, jalan raya, pulau
Kata nama am boleh
dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak.
Kata nama am
konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat.
Kata nama am
abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan.
Kedua kelas kata
ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
· Contoh: buai -> buaian
Kata nama am
mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.