Thursday, August 2, 2012

SURAT KIRIMAN RASMI

CONTOH  SURAT KIRIMAN  RASMI

Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan  Seri  Baiduri,     
Taman Seri Baiduri,
53000 Kuala Lumpur.
________________________________________________________________________________
Tuan Pengurus,
Syarikat Percetakan  Intan,
¾ Jalan Arowana                               
56100 Cheras,
Kuala Lumpur                                                                                                           8 Julai 2010

Tuan,
Memohon Kebenaran Melawat Kilang Percetakan Intan.                                         
Merujuk kepada perkara diatas, persatuan kami ingin memohon kebenaran mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang percetakan tuan. Lawatan ini bertujuan untukmenambahkan  pengetahuan kami tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan percetakan.

2.   Lawatan ini akan diadakan pada 19 September 2010 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Ahli rombongan terdiri daripada 40 orang murid serta diiringi oleh 4 orang guru pengiring.

3.  Saya berharap pihak tuan dapat meluluskan permohonan kami dan memberikan jawapapan penerimaan kunjungan kami .  Kerjasama dan daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

             Zuraiti
( Zuriati binti Zainal )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan  Seri  Baiduri.

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

288 Kampung Setia,
Jalan Setia 24,
17859 Machang,
Kelantan.

18 Jun 2010.
                                            
Menemui nenda yang berada di kampung, semoga sihat hendaknya. Kami disini sihat sejahtera. Kami berharap nenda juga begitu.
Nenda,
                Kami sekeluarga di sini memohon berbanyak kemaafan kerana tidak dapat pulang ke kampong pada cuti persekolahan yang akan datang. Kami terpaksa memungkiri  janji kami sebelum ini kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Sekolah cucunda akan menghadapi Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah.
                Untuk pengetahuan nenda, cucunda merupakan salah seorang peserta pertandingan tersebut dan pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan latihan sepanjang cuti sekolah berlangsung. Kejohanan sukan ini amat penting untuk mengukur kebolehan cucunda dan cucunda mesti mengikuti latihan yang telah dijadualkan.
                Walaupun anda amat teringin untuk pulang berjumpa nenda namun cucunda terpaksa memilih untuk mengikuti latihan tersebut. Cucunda berharap agar kami sekeluarga dapat pulang ke kampung pada masa yang lain. Besar kemungkinan kami akan pulang pada cuti hujung minggu selepas kejohanan itu berakhir. Kami tidak sabar untuk bertemu nenda kerana sudah lama tidak bersua muka.
                Kami sekeluarga juga berharap agar nenda tidak kecewa dengan berita ini. Cucunda yakin nenda dapat memahami keadaan cucunda. Doakan kejayaan cucunda dalam kejohanan tersebut. Mudah-mudahan cucunda berjaya terplih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan pula.
                Sekian, salam sayang daripada kami di sini.
                                                                                                                                                              
Yang Ikhlas,
  Azharaudin

LATIHAN KATA KERJA

SINONIM
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar.
layu
hidup
kuncup
kembang

Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan.
kuat
berani
gentar
kasar

Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam
dari desa itu.
petang
senja
malam
subuh

Hasnul tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk.
leka
lena
mudah
selesa

Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan terang pada waktu malam.
sepi
nyata
jelas
kabur

Pasar malam menjadi sunyi apabila malam semakin larut.
riuh
hiba
tenang
lengang

Keluarga Khalidi memberi dorongan kepadanya untuk berjaya.
sumbangan
cadangan
hasutan
galakan

Encik Jamali menunaikan amanat datuk dengan sebaik-baiknya.
wasiat
arahan
utusan
siasatan

Sumber  : Modul Latih tubi Tatabahasa Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIHAN PENANDA WACANA

KATA KERJA

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
merintih
mengeluh
mengenang
mengerang

Badan Nabilah__________kerana ketakutan.
menggeliat
menggeletar
menggelupur
menggelepar

Pengemis itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.
dihalang
dibuang
dihalau
ditindas

Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur.
menumbuk
mengetuk
memukul
memalu

Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
memicit
melenyek
memerah
menindih

Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.
merenggut
menyambar
merampas
mengambil

Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan ______pameran
lukisan.
melaksanakan
menjalankan
mengadakan
melahirkan

Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh sebatang sungai.
terbelah
terpisah
terpecah
terbahagi

LAPORAN

Laporan pertandingan Menulis Cerita Anjuran Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Setia Jaya 2010
Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Setia Jaya telah menganjurkan pertandingan menulis cerita bermula awal bulan Mei hingga pertengahan bulan Jun yang lalu. Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid tahun dua hinggan tahun enak di sekolah ini. Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu tahap 1 dan tahap 2.
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk  mencungkil bakat-bakat penulisan cerita dalam kalangan murid-murid. Selain itu, pertandingan ini dapat menanamkan murid-murid terhadap Bahasa Melayu.
Murid-murid bebas menulis seberapa banyak cerita tetapi mentilah menggunakan boring yang dikeluarkan oleh Persatuan Bahasa Melayu. Setiap cerita yang ditulis mestilah tidak melebihi 1500 patah perkataan.
Pemenang pertama kategori tahap 1 dimenangi oleh Muhamad Nur Zaidi bin Mokhtar dengan ceritanya yang bertajuk “ Cita-cita Saya” pemenang kedua  dimenangi oleh Nur Afra Damia bt Mohd Shazali dan pemenang ketiga Anuar bin Idris.
Pemenang kategori tahap 2 ialah Adriana bt Nordin dengan ceritanya yang bertajuk “Sehari di Bukit Merah”, manakala ditempat kedua jatuh kepada Muhamad Danish b Zakaria. Tempat ketiga pula dimenangioleh Ahmad Mikail bin Mazlan .
Hadiah-hadiah terdiri daripada buku-buku cerita dan alat tulis. Hadiah telah disampikan oleh Guru Besar  semasa perhimpunan sekolah pada 7 Julai 2010.

Laporan disediakan oleh,                                                              10 Julai 2010                                                                                               
Julaina
JULIANA BINTI ROSLAN
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu.

LATIHAN 1

Baca petikan dibawah kemudian, senaraikan lima nilai murni.

Arif terbangun daripada tidur apabila jam loceng berbunyi. Dia melakukan tugas yang perlu dilakukannya setiap pagi selepas solat subuh. Dia tidak menunggu ibunya. Arif simpati akan ibunya yang pergi ke pasar pada awal pagi untuk menjual kuih.
Itik-itik peliharaannya perlu diberi makan. Dia mengambil dedak yang disimpan di dalam kotak kayu di bawah rumah. Dedak itu ditaburkan di segenap penjuru kandang itik. Kemudian, dia masuk ke dalam kandang untuk mengutip telur-telur itik. Dia berhati-hati supaya tidak ada telur yang pecah.
Selepas menyiapkan tugasnya, Arif bersiap untuk ke sekolah. Pada tahun ini,dia akan menduduki UPSR.Ahmad bercita-cita hendak menjadi doktor. Dia mahu membalas jasa ibunya yang telah banyak berkorban sejak kematian ayahnya. Arif sentiasa bertanyakepada guru dan berbincang dengan rakan-rakannya tentang hal pelajaran yang tidak difahami. Arif sentiasa menggunakan masa terluangnya untuk membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran.

1. ___________________________

2.____________________________

3.____________________________

4.____________________________

5.____________________________

Wednesday, August 1, 2012

PETIKAN 2

Baca petikan dibawah kemudian jawabsoalan-soalan berikut.

Negara kita sememangnya banyak mempunyai bangunan bersejarah. Antaranya ialah Kota A Famosa. Bangunan bersejarah ini telah dibina sejaka zaman penjajahan iaitu bermula pada zaman penjajahan Portugis pada abad ke-15 hinggalah zamanpenjajajahan British abad ke 19.Pemulihan dan pemeliharaan banguna  bersejarah ini adalah penting agar bangunan tersebut dapat menjadi warisan masyarakat dan khazanah negara yang tidak ternilai.

Melalui pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah, generasi muda dapat mengetahui dan mempelajari sejarah negara dengan lebih berkesan disamping dapat merasai keadaan tamadun pada zaman silam. Bangunan-bangunan bersejarah dapat memberi gambaran kepada kita tentang sejarah negara. Di Melaka misalnya terdapat bangunan tersohor seperti Kota A Famosa yang dibina oleh Portugis dan Bangunan Stadthuys yang dibina oleh Belanda dapat mengingatkan kita tentang kebesaran dan kehebatan Melaka sebagai sebuah Kerajann Melayu tersohor pada zamannya. dengan melawat bangunan bersejarah itu kita juga dapat melihat sendiri kesan peninggalan penjajah. Hal ini penting untuk kita menambah pengetahuan tentang sejarah negara kita.

Selain itu, pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah juga penting sebagai salah satu cara untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi masa kini. dalamkonsteks ini, bangunan ersejarah perlu dikekalkan untuk menjadi tatapan dan penghayatan generasi muda.Sebagai contoh Kota A Famosa di Melaka dapat mengingatkan kita tentang usaha mempertahankan  kedaulatan negeri Melaka pada zaman penjajahan dahulu. Tinggalan sejarah ini boleh mengingatkan generasi muda tentang sejarah pahit maung yang dilalui oleh pejuang nasionalis ketikan memerdekakan tanah air dan secara tidak langsung dapat mencelikkan kita agar sentiasa berwaspada terhadap musuh negara.

Sumber : http://cgmoinah.blogspot.com/

KATA KERJA

KATA KERJA

1 ) KATA KERJA TRANSITIF
- Menerangkan perbuatan yang dibuat oleh pelaku terhadap orang atau
benda lain.
- Mesti diikuti oleh objek atau penyambut untuk melengkapkan
maksudnya.
- Terbahagi kepada dua bentuk:
a) Bentuk aktif . menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan
atau .i
Contoh:- menulis memasak menyanyi mengukus
menconteng menaiki membesarkan
b) Bentuk pasif . hasil daripada proses perubahan ayat aktif kepada ayat
pasif
Contoh:- ditulis dimasak dinyanyi dikukus
diconteng dinaiki dibesarkan

2) KATA KERJA TAK TRANSITIF
- Menerangkan perbuatan yang dilakukan oleh pelaku terhadap dirinya
sendiri.
- Tidak memerlukan objek atau penyambut
- Terbahagi kepada dua:-
a) Tanpa pelengkap . dapat berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut:-
Contoh:-
Laili bermain.
Padi menguning.
Budak itu tertawa.
Pelajar itu pulang.

Jenis Kata Adjektif
1. Kata adjektif sifatan / keadaan
Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin,
garang, buas, condong
2. Kata Adjektif Warna
Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu
3. Kata Adjektif Ukuran
Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil
4. Kata Adjektif Bentuk
Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok
5. Kata Adjektif Jarak
Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris
6. Kata Adjektif Waktu
Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu,
7. Kata Adjektif Perasaan
Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu
8. Kata Adjektif Cara
Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering
9. Kata Adjektif Pancaindera
Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam,
nyaring, gemersik

KATA HUBUNG

KATA HUBUNG

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan : 
*Perkataan dengan perkataan
*Rangkai kata dengan rangkai kata
*Ayat dengan ayat

Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu :
Kata hubung gabungan
Kata hubung pancangan
kata hubung pancangan relatif

Kata Hubung Gabungan
Kata hubung ini menggabungkan klausa utama dengan klausa pancangan ( kecil )
hubungan ini menggunakan kata hubung yang
Contoh :
1.Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah
2. Budak yang sedang membaca itu adik saya

Kata Hubung Pancangan komplemen
Kata hubung ini menhubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu kalusa yang utama.Klausa pancangan komplemen melengkapkan klausa utama. kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk
Contoh ayat :-
1. Guru Tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat lima A
2. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad ialah Ahli perniagaan besar

Kata Hubung Pancangan Keterangan
Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. Kata hubung tersebut ialah kerana, agar, meskipun,sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara,setelah,sewaktu, ketika, walaupun dan sesungguhnya.
Contoh ayat:-
1. Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat
2. Saya berkawan dengannya semenjak kecil.

KATA NAMA KHAS

KATA NAMA KHAS

Kata Nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. 

Benda-benda yang bernyawa ialah:
-Nama manusia
-Nama binatang

Benda-benda yang tidak bernyawa adalah:-
-Nama tempat
-Judul buku
-Nama bangunan dan sebagainya

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut  sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
Contoh:-
1. Benda         Sri mAman, Parker 45, Hikayat Hang Tuah
2. Orang         Cik Rafidah, Dr Johan 
3. Binatang      Pak Belang, Sang Kancil
4. Tempat       Kampung Bahru, Seremban

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini ditulis menggunakan huruf besar

Monday, July 16, 2012

PETIKAN 1

Baca puisi dibawah, kemudian jawab soalan berikut

NIKMAT ALAM

Syukur aku
Dilahirkan di sini
Suasana nyaman indah sekali
Perutmu sarat dengan hasil bumi
Yang pastinya mampu meningkatkan
Ekonomi
Syukur aku
Dibesarkan di sini
Hidup bersama pelbagai fauna
Yang jarang-jarang kita temui
Yang kadang-kadang menimbulkan
Misteri
Syukur aku
Miliki pertiwi ini
Yang membiakkan flora yang amat bererti
Selain menjadi sumber rezeki
Pelbagai penyakit, kau ubati
Akan kupertahankan khazanah ini
Akan kucantas tangan-tangan liar
Yang berhasrat menguburkan hayatmu
Kerana kuamat menghargai
                                                            Jasamu nan luhur dan abadi

1. Apakah tema puisi di atas
    a ) Alam sekitar
    b ) Keindahan flora
    c ) Alam semulajadi

2. Apakah jenis puisi di atas ?
    a) Sajak
    b ) Syair
    c ) Pantun
    d) Gurindam

3. Mengapakah penulis bersyukur memiliki pertiwi ini?
   a) Alam semulajadi yang jarang-jarang kita temui
   b) Alam sekitar yang mempunyai khazanah pertiwi
   c) Alam semulajadi yang kaya dengan flora dan fauna
   d) Alamsekitar yang indah dan kaya dengan hasil bumi.

4. "Perutmu sarat dengan hasil bumi"membawa maksud
   a) Pelbagai hasil pertanian
   b) Pelbagai hasil perkilangan
   c) Pelbagai hasil pembalakan
   d)Pelbagai hasilperlombongan

5. Pada pendapat kamu mengapakah kita perlu menjaga dan memelihara alam sekitar?
   a) untuk memastikan flora dan fauna hidup dengan sempurna
   b) untuk memastikan pelbagai penyakit  dapat diubati dengan alamsekitar.
   c) untuk memastikan apa-apa yang ada dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang

Saturday, July 14, 2012

Karangan Jenis Autobiografi

Karangan Jenis Autobiografi
1.     Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai  sesuatu benda secara terperinci.
2.     Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.
3.     boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana
4.     Aturan membina karangan
·         tempat asal - nama - dilahirkan di mana - proses pembuatan - dibungkus
·         perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan - bertukar milik
·         proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat
·         perasaan - sedih atau gembira
5.      boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan manusia.
6.      paparkan nilai-nilai murni

Contoh 1
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Aku Sebuah Basikal’.
Pengenalan              -  berasal dari Jepun
                             -  dibuat di sebuah kilang besi waja
                             -  terdiri daripada besi waja, getah dan plastik
Perenggan ke-2        -  disebut basikal
                            -  dipamerkan

-  berasa sungguh gembira
Perenggan ke-3        -  menaiki sebuah kapal dagang
                                      -  berasa sungguh bangga
Perenggan ke-4        -  nasib malang
                             -  kapal karam
 dijumpai oleh penyelam
                                      -  dijual sebagai besi buruk
Penutup                  -  menjadi bahan terbuang
                             -  kesal kerana tidak dapat berbakti
         
Karangan
 Aku berasal dari ‘Negara Matahari Terbit’. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan plastik.
          Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan-kawanku yang lain dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.
          Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.
          Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.
          Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.

Tajuk : Aku sehelai baju
          Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.
          Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.
          Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.
          Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.
          Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa-gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.
Karangan Jenis Biografi
Karangan jenis ini mengisahkan perihal riwayat hidup orang lain dari mula hingga ke akhir antaranya :
·         tokoh-tokoh sejarah
·         pemimpin tanahair
·         tokoh sukan
·         dan lain-lain
Dalam menulis karangan jenis ini, aspek latar belakang, riwayat hidup, pendidikan, sumbangan, kejayaan dan jasa-jasa seseorang itu diambil kira sebagai isi karangan.
Anda harus tahu benar tentang watak yang hendak ditulis itu dari awal hingga ke akhir.
Kamu tidak digalakkan menulis perkara-perkara yang sensitif sehingga boleh menimbulkan keaiban atau menjatuhkan maruah orang yang ditulis.

Soalan
Pada cuti semester yang lalu anda telah tinggal bersama-sama Pak Cik anda. Pak Cik anda itu penoreh getah. Ceritakan kehidupan seharian Pak Cik anda itu dalam bentuk karangan.

Pengenalan                       - rumah Pak Cik tidak jauh dari kebun getah
                             - kepunyaan sendiri
Perenggan ke-2        - keluar dari rumah awal pagi
                                      - menunggang basikal
Perenggan ke-3        - memakai topi berlampu suluh
                                      - kerana masih gelap
                                      - menoreh dari sebatang pokok ke sebatang pokok
Perenggan ke-4        - susu getah dikumpul
                             - dimasukkan ke dalam baldi kecil
                             - dipindahkan ke sebuah tangki besar
Penutup                  - kerja siap pada pukul 12.00
                             - hantar susu getah ke pusat penjualan

Karangan
          Pak Cik saya penoreh getah. Rumahnya tidak jauh dari sebuah kebun getah. Kebun getah itu kepunyaan dirinya sendiri.
          Setiap hari, pagi-pagi lagi dia sudah keluar dari rumahnya untuk pergi menoreh. Dia menunggang sebuah basikal.
          Pak Cik saya memakai topi yang berlampu suluh di kepalanya. Tujuannya supaya kerja-kerja menoreh getah dapat dilakukan walaupun keadaan masih gelap. Dia menoreh getah dari sebatang pokok ke sebatang pokok getah yang lain sehinggalah kerja-kerja menoreh itu selesai dijalankan.
          Sejam kemudian, pakcik saya akan mengumpul susu getah yang telah bertakung di dalam sebuah mangkuk setiap pokok getah yang ditorehnya tadi. Susu getah dikumpul ke dalam sebuah baldi kecil. Apabila baldi kecil itu penuh, dia akan memindahkan susu getah itu ke dalam sebuah takungan besar.
          Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, pekerjaan itu pun selesai. Pak Cik saya akan menghantar susu getah yang telah terkumpul itu ke pusat penjualan.

Wednesday, July 11, 2012

KATA KERJA

INFO KATA KERJA
1) KATA KERJA TRANSITIF
- Menerangkan perbuatan yang dibuat oleh pelaku terhadap orang atau
benda lain.
- Mesti diikuti oleh objek atau penyambut untuk melengkapkan
maksudnya.
- Terbahagi kepada dua bentuk:
a) Bentuk aktif . menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan
atau .i
Contoh:- menulis memasak menyanyi mengukus
menconteng menaiki membesarkan
b) Bentuk pasif . hasil daripada proses perubahan ayat aktif kepada ayat
pasif
Contoh:- ditulis dimasak dinyanyi dikukus
diconteng dinaiki dibesarkan

2) KATA KERJA TAK TRANSITIF
- Menerangkan perbuatan yang dilInfo Kata Kerja

Template by:

Free Blog Templates