Thursday, August 2, 2012

SURAT KIRIMAN RASMI

CONTOH  SURAT KIRIMAN  RASMI

Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan  Seri  Baiduri,     
Taman Seri Baiduri,
53000 Kuala Lumpur.
________________________________________________________________________________
Tuan Pengurus,
Syarikat Percetakan  Intan,
¾ Jalan Arowana                               
56100 Cheras,
Kuala Lumpur                                                                                                           8 Julai 2010

Tuan,
Memohon Kebenaran Melawat Kilang Percetakan Intan.                                         
Merujuk kepada perkara diatas, persatuan kami ingin memohon kebenaran mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang percetakan tuan. Lawatan ini bertujuan untukmenambahkan  pengetahuan kami tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan percetakan.

2.   Lawatan ini akan diadakan pada 19 September 2010 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Ahli rombongan terdiri daripada 40 orang murid serta diiringi oleh 4 orang guru pengiring.

3.  Saya berharap pihak tuan dapat meluluskan permohonan kami dan memberikan jawapapan penerimaan kunjungan kami .  Kerjasama dan daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

             Zuraiti
( Zuriati binti Zainal )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan  Seri  Baiduri.

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

288 Kampung Setia,
Jalan Setia 24,
17859 Machang,
Kelantan.

18 Jun 2010.
                                            
Menemui nenda yang berada di kampung, semoga sihat hendaknya. Kami disini sihat sejahtera. Kami berharap nenda juga begitu.
Nenda,
                Kami sekeluarga di sini memohon berbanyak kemaafan kerana tidak dapat pulang ke kampong pada cuti persekolahan yang akan datang. Kami terpaksa memungkiri  janji kami sebelum ini kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Sekolah cucunda akan menghadapi Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah.
                Untuk pengetahuan nenda, cucunda merupakan salah seorang peserta pertandingan tersebut dan pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan latihan sepanjang cuti sekolah berlangsung. Kejohanan sukan ini amat penting untuk mengukur kebolehan cucunda dan cucunda mesti mengikuti latihan yang telah dijadualkan.
                Walaupun anda amat teringin untuk pulang berjumpa nenda namun cucunda terpaksa memilih untuk mengikuti latihan tersebut. Cucunda berharap agar kami sekeluarga dapat pulang ke kampung pada masa yang lain. Besar kemungkinan kami akan pulang pada cuti hujung minggu selepas kejohanan itu berakhir. Kami tidak sabar untuk bertemu nenda kerana sudah lama tidak bersua muka.
                Kami sekeluarga juga berharap agar nenda tidak kecewa dengan berita ini. Cucunda yakin nenda dapat memahami keadaan cucunda. Doakan kejayaan cucunda dalam kejohanan tersebut. Mudah-mudahan cucunda berjaya terplih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan pula.
                Sekian, salam sayang daripada kami di sini.
                                                                                                                                                              
Yang Ikhlas,
  Azharaudin

LATIHAN KATA KERJA

SINONIM
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar.
layu
hidup
kuncup
kembang

Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan.
kuat
berani
gentar
kasar

Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam
dari desa itu.
petang
senja
malam
subuh

Hasnul tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk.
leka
lena
mudah
selesa

Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan terang pada waktu malam.
sepi
nyata
jelas
kabur

Pasar malam menjadi sunyi apabila malam semakin larut.
riuh
hiba
tenang
lengang

Keluarga Khalidi memberi dorongan kepadanya untuk berjaya.
sumbangan
cadangan
hasutan
galakan

Encik Jamali menunaikan amanat datuk dengan sebaik-baiknya.
wasiat
arahan
utusan
siasatan

Sumber  : Modul Latih tubi Tatabahasa Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIHAN PENANDA WACANA

KATA KERJA

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
merintih
mengeluh
mengenang
mengerang

Badan Nabilah__________kerana ketakutan.
menggeliat
menggeletar
menggelupur
menggelepar

Pengemis itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.
dihalang
dibuang
dihalau
ditindas

Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur.
menumbuk
mengetuk
memukul
memalu

Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
memicit
melenyek
memerah
menindih

Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.
merenggut
menyambar
merampas
mengambil

Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan ______pameran
lukisan.
melaksanakan
menjalankan
mengadakan
melahirkan

Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh sebatang sungai.
terbelah
terpisah
terpecah
terbahagi

LAPORAN

Laporan pertandingan Menulis Cerita Anjuran Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Setia Jaya 2010
Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Setia Jaya telah menganjurkan pertandingan menulis cerita bermula awal bulan Mei hingga pertengahan bulan Jun yang lalu. Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid tahun dua hinggan tahun enak di sekolah ini. Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu tahap 1 dan tahap 2.
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk  mencungkil bakat-bakat penulisan cerita dalam kalangan murid-murid. Selain itu, pertandingan ini dapat menanamkan murid-murid terhadap Bahasa Melayu.
Murid-murid bebas menulis seberapa banyak cerita tetapi mentilah menggunakan boring yang dikeluarkan oleh Persatuan Bahasa Melayu. Setiap cerita yang ditulis mestilah tidak melebihi 1500 patah perkataan.
Pemenang pertama kategori tahap 1 dimenangi oleh Muhamad Nur Zaidi bin Mokhtar dengan ceritanya yang bertajuk “ Cita-cita Saya” pemenang kedua  dimenangi oleh Nur Afra Damia bt Mohd Shazali dan pemenang ketiga Anuar bin Idris.
Pemenang kategori tahap 2 ialah Adriana bt Nordin dengan ceritanya yang bertajuk “Sehari di Bukit Merah”, manakala ditempat kedua jatuh kepada Muhamad Danish b Zakaria. Tempat ketiga pula dimenangioleh Ahmad Mikail bin Mazlan .
Hadiah-hadiah terdiri daripada buku-buku cerita dan alat tulis. Hadiah telah disampikan oleh Guru Besar  semasa perhimpunan sekolah pada 7 Julai 2010.

Laporan disediakan oleh,                                                              10 Julai 2010                                                                                               
Julaina
JULIANA BINTI ROSLAN
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu.

LATIHAN 1

Baca petikan dibawah kemudian, senaraikan lima nilai murni.

Arif terbangun daripada tidur apabila jam loceng berbunyi. Dia melakukan tugas yang perlu dilakukannya setiap pagi selepas solat subuh. Dia tidak menunggu ibunya. Arif simpati akan ibunya yang pergi ke pasar pada awal pagi untuk menjual kuih.
Itik-itik peliharaannya perlu diberi makan. Dia mengambil dedak yang disimpan di dalam kotak kayu di bawah rumah. Dedak itu ditaburkan di segenap penjuru kandang itik. Kemudian, dia masuk ke dalam kandang untuk mengutip telur-telur itik. Dia berhati-hati supaya tidak ada telur yang pecah.
Selepas menyiapkan tugasnya, Arif bersiap untuk ke sekolah. Pada tahun ini,dia akan menduduki UPSR.Ahmad bercita-cita hendak menjadi doktor. Dia mahu membalas jasa ibunya yang telah banyak berkorban sejak kematian ayahnya. Arif sentiasa bertanyakepada guru dan berbincang dengan rakan-rakannya tentang hal pelajaran yang tidak difahami. Arif sentiasa menggunakan masa terluangnya untuk membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran.

1. ___________________________

2.____________________________

3.____________________________

4.____________________________

5.____________________________

Template by:

Free Blog Templates